Whatapps No: 013- 2755 197
Ellfiebeauty Ellfiebeauty
AGENT DIPERLUKAN: 013 - 3962005
About Us


Ellfie Beauty Sdn Bhd memulakan operasinya pada Februari 2015. Ia adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh anak bumiputera  di mana syarikat ini sedang mula berkembang maju dalam memasarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti.

 

Bermula dengan tiga rakan yang berkongsi minat yang sama di dalam bidang kecantikan dan menanam impian untuk menceburi bidang perniagaan bersama membuatkan tertubuhnya Ellfie Beauty Sdn Bhd. Tiga rakan ini bermula sebagai blogger di alam maya hampir 10 tahun, sejak 4 tahun lepas menjadi teman rapat dan kini sama-sama menerajui syarikat dan perniagaan ini. Tambahan pula dengan ketiga-tiga blogger ini mempunyai pengikut yang kuat dikalangan pembaca blog masing-masing, membuatkan tiga rakan ini merasakan mereka mempunyai tapak yang kukuh untuk memulakan perniagan dalam bidang kecantikan yang mempunyai banyak persaingan ini.

 

Minat yang mendalam terhadap produk kecantikan membuatkan tiga rakan ini menghasilkan produk penjagaan wajah Ellfie Essence untuk dikongsikan dengan orang luar supaya sama-sama dapat merasakan kehebatan produk ini. Dengan itu sekaligus menaikkan keyakinan diri orang yang menggunakan produk dari Ellfie Beauty Sdn Bhd. Kepuasan pengguna yang menggunakan produk Ellfie adalah kekuatan kami untuk terus menghasilkan produk yang terbaik.

 

Kini dengan penghasilan produk yang kedua Ellfie Gold Serum yang di rumus menggunakan bahan semulajadi dan emas 24K, yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ellfie Beauty Sdn Bhd menyimpan impian supaya Ellfie Beauty akan menjadi suatu nama besar dalam bidang kecantikan di Malaysia. Semoga ahli keluarga Ellfie Beauty semakin besar di dalam dan juga di luar negara. Kini Ellfie Beauty Sdn Berhad mempunyai hampir 50 agen sah di seluruh Malaysia dan juga di Brunei.

 

Kami mahukan agen sah Ellfie turut sama menempa kejayaan bersama-sama pihak Ellfie Beauty. Impian kami adalah supaya Ellfie Beauty Sdn Bhd menjadi sebuah syarikat korporat yang ternama di dalam dan di luar negara khusus dalam bidang kosmetik. 


QUESTION? CALL US AT
03 - 4144 4197 / info@ellfiebeauty.com